Advertisement

Main Ad

UBAT SELESEMA KUCING BERKESAN

Kucing
IMAGE : Google


Hai Assalamualaikum. Siapa- siapa kat sini pencinta kucing mesti sayang gila - gila dekat haiwan peliharaan korang kan. Sama la macam Sarah, dulu Sarah ada bela kucing banyak sangat, kira- kira berpuluh juga la tapi itu la ada yang sakit , mati makin lama makin berkurang la jadinya. Kalau kucing sakit mesti rasa susah hati dan tak tahu cara nak jaga kucing sakit ni macam mana.


Kalau jaga kucing sakit ni sebenarnya lagi susah tau sebab kita nak jaga dari segi makanan mereka lagi. Al maklum lah, kucing kalau sakit memang dia takda selera nak makan. Jadi, kita sebagai tuan kucing mesti cari altenatif macam mana nak jaga kucing yang sakit ni supaya dia sembuh balik.



Harini Sarah nak kongsikan ubat kucing yang berkesan untuk kucing sakit dan InshaAllah moga - moga sembuh dengan izin Allah SWT. Dan yang penting sekali kena konsisten bagi kucing ubat barulah cepat sembuh dan sihat.  Kebanyakan ubat yang Sarah beli untuk kucing memang selalunya beli kat Shopee saja sebab lebih cepat dan rata- rata komen yang Sarah baca dekat ulasan Shopee shop tu memang kata ubat yang dijual tu berkesan dan sama dengan ubat yang ada dekat veterinar.


Jadi, Sarah pun beli dekat situ saja lagipun murah dan boleh jimat masa, duit dan tenaga 😁.Sarah selalu beli ubat -ubat dan barang kucing kat Qatic&Co . Macam-macam ubat ada tau dan memang berkesan. Selalu Sarah beli ubat - ubat kucing kat shop ni dalam kuantiti yang banyak, saja simpan kalau- kalau kucing tak berapa nak sihat kan tinggal bagi sahaja. Jadi, siapa- siapa yang cari ubat kucing murah dan berkesan boleh la singgah kat kedai ni.


Ubat kucing
Ni la kedainya. Macam-macam ubat ada dan aksesori untuk kucing pun ada.


Ubat kucing
Ni antara ubat yang Sarah pernah beli untuk kucing dan memang berkesan.


Ubat yang pertama tu ubat selesema, demam atau batuk . Kucing Sarah selalu selesema tapi bila bagi makan ubat selesema yang warna hijau tu, hilang terus selesema dia. Terus kering hingus dan tak bersin dah. Korang jangan risau tentang kuantiti yang nak bagi pada kucing sebab ubat ni dah siap tulis instruction dia. Jadi korang cuma perlu ikut dan bagi kucing makan ubat secara konsisten saja. Senang kan!😁


Ubat yang kedua tu pula Vetacat Multivitamin. Ubat ni pun berkesan juga sebab dia boleh tambah selera makan kucing kalau kucing tak nak makan ,boleh cantikkan bulu kucing dan boleh jadikan kucing lebih aktif. Haritu Sarah beli yang repack saja sebab nak cuba dulu, lepas dah cuba bagi kat kucing tu MashaAllah selera kucing Sarah bertambah- tambah😅Sebelum ni kucing Sarah kurang selera makan sebab  baru lepas kena penyakit parvo. Lepas bagi ja ubat tu makan tak berhenti-henti, asyik minta makan ja. Penat pula rasanya.


Tapi Alhamdulillah lah sebab kucing sihat dan dah mula nak makan, kalau tak sebelum ni susah hati betul bila dia tak nak makan. Vetacat Multivitamin ni dalam bentuk cecair jadi senang kucing nak makan cuma bagi pakai picagari saja. Rasa ubat ni pon kucing minat tau sebab rasa dia macam bau macam ikan-ikan macam tu. Haritu Sarah bagi vitamin ni kat kucing senang ja makan. Dia jilat ja pastu nak lagi pulak tu😂.Sedap mungkin.😆


Ubat yang terakhir tu pun multivitamin juga. Sama juga fungsi macam Vetacat Multivitamin tu. Sebenarnya banyak lagi ubat-ubat yang kedai ni jual. Korang boleh la usha-usha dulu kedai ni kut-kut berkenan ada ubat dan aksesori juga. Boleh spare ubat untuk kucing kat rumah dulu kut-kut kucing sakit ke boleh iktiar bagi ubat tu dulu😄. Okay itu saja untuk kut untuk harini. Semoga bermanfaat untuk semua. Jumpa lagi.  Assalamualaikum💗

Catat Ulasan

0 Ulasan