Advertisement

Main Ad

BISKUT PINGGANG RANGUP BERUPA CILI?

 


Assalamualaikum semua. Salam Aidiladha . Ahad ni  tarikh 10 Julai bersamaan 10 Zul'hijjah kita dah nak sambut Raya Haji so Sarah doakan semoga setiap amalan yang kita lakukan pada 10 hari sebelum tibanya Aidiladha diterima oleh Allah S.W.T dan semoga segala dosa dan kesilapan kita diampunkan oleh Allah serta mendapat tempat tertinggi di sisi Allah S.W.T . Amiinnn...


So pada entry kali ini Sarah nak share satu resepi biskut yang Sarah buat untuk kudapan raya nanti. Kalau raya jer mesti ada biskut dengan kerepek untuk dikudap kan? takkan nak makan rendang je kan hehehe. Biasa lah mulut ni gatai naw nak makan. Asal raya jer makan, asal makan je raya hehe dalam tak sedar berat badan pon beraya jugak HaHaHaHa


Biskut yang Sarah nak buat ni biskut pinggang tapi takde rupa pinggang, rupa cili adalah sebab acuan tu jer ada. Sebenarnya, dah lama dah nak makan biskut ni sebelum Raya Aidilfitri lagi tapi itu lah  masa asyik takdan je nak buatnya. Padahal bahan semua dah beli dah ada so Raya Haji kali inilah kita buat sebab tengah cuti semester 😆


Tengoklah kejadian biskut pinggang ni opss cili hehe. Walaupun rupa cili rasa dia sama tau macam biskut pinggang tu. Sedap dengan rasa rangup dia krup krap tu memang ngam la hehe.  


Resepi Biskut Pinggang

250 gram buttercup ( brand lain pon boleh)

1 cawan gula halus ( nak kurang manis boleh kurangkan)

1 biji telur kuning

1  sudu teh esen vanilla

1 sudu teh serbuk penaik

1 cawan biskut marie ( kisar halus)

1 cawan cornflakes (kisar halus)

1 cawan tepung jagung

1/2 cawan tepung gandum ( tepung cap ros) (agak2 je ni kalau lembik boleh tambah tepung sikit)


Bahan lain:

telur kuning + pewarna kuning (xde pon tapi kalau ade lagi cantik warna kuning tu)( sapu atas biskut)

nestum / cornflakes / oat  dikisar halus ( optional mana2 pon boleh) ( tabur atas biskut)


  1.  Pukul butter dan gula hingga kembang sedikit ( pastikan butter lembut dalam suhu bilik) kemudian masukkan kuning telur & esen vanilla. Kacau2 pakai wisk
  2.  Masukkan biskut marie & cornflakes yang dah dikisar, gaul sebati kemudian masukkan tepung jagung
  3.  Masukkan serbuk penaik dan tepung gandum ( doh lembut dan boleh diuli) ( kalau doh lembik sangat boleh tambah tepung sikit)
  4.  Canai doh & terap guna acuan 
  5.  Sapukan kuning telur sedikit atas biskut kemudian tabur nestem/oat/cornflakes ikut mana2 yang suka
  6.  Bakar ikut kepanasan oven masing2 api atas bawah
  7.  Dah siap bakar, boleh la ngap 😝( tunggu sejuk dulu tak pasal2 melecur pulak mulut tu😝)


SEBELUM BAKAR



SELEPAS DIBAKAR






Dah sejuk boleh la susun cantik2 dalam bekas. 



Rongga2 kerangupan😋


contoh cup Sarah guna 
untuk ukur


 Ni contoh acuan cili yang Sarah guna. 
Kecik comel je kan😉





okey ni shaja. Selamat mencuba
Tips: kalau terlebih tepung boleh palit planta sikit pada doh
#ILMUKONGSIBERSAMA

Catat Ulasan

0 Ulasan