Hai Assalamulaikum. Harini Sarah nak cerita serba sedikit tentang Semut Charlie atau nama lain dia semut kayap , kumbang (rove) & tomcat. Tapi kebiasaanya orang akan panggil Semut Charlie bukan Charlie Puth tau Hehehe😝 Jadi, Semut Charlie ini apa sebenarnya? macam mana rupanya? bahaya sangat ke dia ? agak-agak apa kesan bila terkena atau tersentuh Semut Charlie ni? okay, kali ini Sarah nak cerita pengalaman Sarah terjumpa Semut Charlie dan terkena cecair yang Semut Charlie keluarkan semasa Sarah tinggal di asrama.
kepada sesiapa yang tidak kenal rupa SEMUT CHARLIE tu macam mana haa.. ini lah dia. Nampak macam biasa je kan? tapi bahaya tau. |
Okay sambil - sambil tu Sarah nak ceritakan lah sedikit macam mana Sarah boleh terjumpa dan terkena cecair bisa Semut Charlie ni. Secara jujurnya Semut Charlie ni bahaya tau. Waktu Sarah tinggal di asrama banyak betul Semut Charlie ni dan ikut kan cerita waktu Sarah terkena cecair Semut Charlie ni waktu Sarah tengah tidur semut tu nak masuk dalam telinga. Alhamdulillah Sarah sedar waktu tu, terus tangkap lepastu tengok- tengok Semut Charlie rupanya. Semut Charlie ni tak gigit tapi dia keluarkan cecair dan cecair tu yang bahaya. Cecair tu boleh merebak ke tempat lain kalau kita terpegang bahagian lain.
Okay selepas sahaja dari tu Sarah pon cari maklumat tentang Semut Charlie dekat Tiktok, Google. Memang banyak maklumat tentang Semut Charlie ni. Semua maklumat ada di hujung jari ja sekarang ni, tinggal cari ja kan. Infografik kat bawah ni Sarah cari di Google, ada semua maklumat tentang Semut Charlie, dari segi kesan dan pencegahan pun ada.
SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia |
Sarah ada tengok Tiktok, kalau nak tahu bila Semut Charlie ni nak keluarkan cecair bisa dia tu bila dia tonggekkan punggung. Haaa.. waktu tu kena berhati- hati lah. Kalau terkena Semut Charlie ni, elakkan daripada pegang atau picit dia okay. Tiup sahaja kuat -kuat lepas tu cepat-cepat basuh tempat yang terkena Semut Charlie guna sabun supaya cecair bisa Semut Charlie tu tak merebak kat tempat lain. Untuk pengetahuan semua, Semut Charlie ni boleh terbang tau.
Dah kena soletap tu laa... |
Okay, Sarah nak kongsikan krim yang Sarah guna dan kebanyakkan kawan - kawan dan pensyarah Sarah cadangkan untuk guna krim ni Insha Allah boleh kurangkan kesan Semut Charlie ni. Tapi boleh juga guna krim ubat yang farmasi cadangkan. Sarah tak pakar dalam hal ni. Sarah kongsi apa yang Sarah tahu sahaja. Jadi semoga bermanfaat untuk semua. Assalamualaikum.
Ni ubat krim yang Sarah guna lepas terkena Semut Charlie tu |
0 Ulasan