Advertisement

Main Ad

RESEPI MEE KARI SEDAP DAN MUDAH

Hai Assalamualaikum. Salam Jumaat. Jom salawat dulu  ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلىٰ آلِ مُحَمَّدٍ

Harini Sarah nak share resepi mee kari yang mak Sarah buat untuk makan petang. Sedap dan mudah. Boleh la cuba resepi ni comfirm makan tak berhenti.😄

Resepi Mee Kari Sedap dan Mudah
Meriah haa dengan terung celup tepung comfirm repeat. 😍


RESEPI:

🏵️ Setengah ekor ayam - potong sedang
🏵️ 5 biji bawang besar ✅
🏵️ 1 labu bawang putih✅
🏵️ Segenggam udang kepal✅
🏵️ Halia ( besar ibu jari)✅
🏵️ 5 biji buah keras✅
🏵️ 3 sudu Serbuk Kari Ayam
🏵️ 3 sudu Serbuk kari ikan
🏵️ 2 sudu cili kisar / cili boh
🏵️ Daun kari ( letak dalam kuah & blender)
🏵️ 1 Kiub pati ayam
🏵️ Kulit kayu manis
🏵️ Bunga lawang
🏵️ Santan ( Santan cair & Santan pekat)
🏵️ Asam keping ( 3 keping)
🏵️ Gula/ garam / serbuk perasa

Bahan lain:
🏵️ Mee/kuetiaw
🏵️ Sayur ( Tauge/ sawi )
🏵️ Fishcake
🏵️ Fish ball
🏵️ Tauhu Pelampung
🏵️ Telur rebus
🏵️ Bawang goreng
🏵️ Daun sup


 1- Kisar Halus kesemua bahan yang ditanda✅ 
 2- Kemudian ditumis bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sehingga naik bau.
 3-Bancuh serbuk kari ayam dan serbuk kari ikan bersama dengan cili boh kemudian ditumis bersama bahan tadi
 4 -Masukkan ayam biarkan sehingga  masak  kemudian masukkan santan cair dan kuib pati ayam.
 5-Biarkan mendidih dan masukkan pati santan ( santan pekat)
 6- Tambahkan perasa (gula, garam, serbuk perasa)
 7- Setelah mendidih masukkan tauhu pelampung/ fish cake / fish ball
 8- Hidangkan bersama mee atau kuetiaw dan bahan-bahan lain. Siap! boleh makan

SELAMAT MENCUBA❤️


RESEPI MEE KARI SEDAP DAN MUDAH
Tauhu pelampung
SUMBER: Google



Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. ammi panggil tauhu lampung je..
    tapi mmg nampak sdp mee kari tu... kalau jual kat kedai kira tak kedekut langsung

    BalasPadam
  2. Wooooo...kenapalah buat masa kita tak balik kampung. I is jealous 😩

    BalasPadam
    Balasan
    1. Join GA ni Sarah https://www.syuderis.com/2023/02/la-gourmet-hydration-bottle-giveaway-by.html
      Mana tahu ada luck 😁

      Padam