Advertisement

Main Ad

APAM BERAS NASI

Hai Assalamualaikum semua. Haritu Sarah ada buat apam beras nasi. Jadi harini Sarah nak kongsi resepi apam beras nasi ala-ala kampung macam tu. Gebu dan terasa cair di mulut tambah pula dengan kelapa parut yang masin-masin lemak lagi lah menambahkan rasa apam tu. Sesuai la kalau nak makan untuk minum petang tambah pula ada kopi atau teh secawan dengan ada suasana kampung macam tu. Fuhh..lagi la sedap😍 Jadi tanpa buang masa jom la buat✌


Ini lah apam nya . Warna - warna kehidupan😁


Resepi : 1 adunan

💟2 cawan tepung beras (cap gajah 3)

💟1 cawan nasi sejuk

💟1 1/2 cawan air (kalau adunan pekat tambah air lagi agak-agak)

💟1 cawan gula ( nak kurang manis boleh kurangkan)

💟2 sudu besar tepung gandum

💟2 sudu teh yis

💟Pewarna ( terpulang nak warna apa)

💟1 paket eno asli ( biru) 

💟Kelapa parut

💟Daun pandan

Cara-cara:

Blend halus nasi sejuk bersama air dan gula. 

Masukkan tepung beras dan tepung gandum . Blend sebati kemudian masukkan yis. Tekstur adunan adalah cair sekiranya pekat boleh tambah air sedikit demi sedikit. Selesai blend kemudian tapis.

Masukkan ke dalam bekas dan perap selama 2 - 3 jam. Selesai perap letakkan 1 paket eno asli ( warna biru) dan kacau sebati. 

Kemudian asingkan adunan dan letak pewarna mengikut warna yang disukai. Sapu minyak pada acuan. dan kukus selama 15/20 minit bersama daun pandan supaya aroma pandan tu naik. 

Api besar sekiranya nakkan apam yang pecah dan api sederhana sekiranya nakkkan apam yang tidak pecah.

Kukus kelapa parut yang telah ditambahkan garam sedikit bersama dengan daun pandan

Siap kukus boleh hidangkan bersama dengan kelapa parut yang telah dikukus.

**PASTIKAN PENGUKUS BETUL - BETUL PANAS**

**BALUT PENUTUP PENGUKUS SUPAYA AIR WAP TAK MASUK**

1 adunan ni Sarah dapat dalam 20+ macam tu, ikut kepada banyak mana adunan yang diisi dalam acuan. Okay, itu sahaja daripada Sarah untuk harini semoga bermanfaat. Lebih kurang Sarah minta halal ya. Assalamualaikum jumpa lagi💗


Catat Ulasan

0 Ulasan