Advertisement

Main Ad

MY FIRST BLOG . DSK - TRENGKAS & SHORTHAND

Trengkas


Assalamualaikum semua... Haaa... Memandangkan ni first blog kita, harini kita citer sikit la pasal diri kita eh . Boleh panggil kita Sarah😄  stay Perak dan sekrang ni masih belajar lagi ambil kos DIPLOMA SCIENCE SECRETARY atau bahasa melayu nya DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN (DSK) di POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS) .  So far course ni okey la bagi Sarah yang baru sem 1 ni 😂 sem seterusnya mudah2an boleh pulun jugak la HEHEH... actually Sarah baru je habis exam penilaian akhir semalam 3/2 mintak2 result pon okey la hendaknya Aamiin....😄 Haaa...la ni baru ada masa nak buat blog kalau ikutkan nak buat lama dah tapi takdan sibuk memanjang *sibuk apa pon tak tau HAHHAHA EHH..
Haa okey SAMBUNG... sekarng ni nak citer la serba sedikit pasal course DSK ni. 

DSK ni apa?? haa meh citerr.. 

Course DSK ni sesuai la kat sapa yang ada cita - cita nak jadi secretary . Tapi awak2 jangan risau ambil couse DSK ni bukan boleh jadi secretary  jerr.... skop pekerjaan bagi DSK ni luas .. antaranya korang boleh jadi pembantu tadbir , eksekutif pentadbiran , usahawan dan banyak lagi sebenarnya. Course DSK ni kebanyakan POLITEKNIK je yang tawarkan. 

kalau sebut pasal secretary bukan khas untuk girl je okey😏 lelaki pon ada tapi boleh dikira la.. tapi kalau ada diantara awak lelaki yang dapat course DSK ni korang boleh try ambil.😁 tak perlu pon peduli apa org kata. Dalam course DSK ni kita dapat belajar something new tau yang ramai sebenarnya orang kat luar sana tak tahu apa tulisan cacing tuu??? 

Haaa sebut pasal tulisan cacing ... Apa tuu???
tulisan cacing yang dimaksudkan tu sebenarnya adalah 2 tulisan ringkasan iaitu TRENGKAS ( dalam Bahasa Malaysia )  & SHORTHAND ( dalam Bahasa Inggeris ).2 subject ni memang wajib ambil yer awak2😁

Haaaa... ni la dia contoh bagi tulisan ringkasan ( TRENGKAS)
Actually benda ni tak susah kalau awk faham konsep gurisan tu macam mana.  Dulu sebelum Sarah dapat course ni pon risau jugak boleh bawa ke idak . stress jugak bila tengok tulisan cacing ni tapi bila dah start belajar dan tahu konsep dia macam mana haa.... Baru la tahu senang rupanya.. itu la orang kata tak kenal maka tak cinta, dah kenal jatuh cinta pulak EHH..😝💕Hahaha tapi betul, Kalau rajin practise insha Allah boleh.. cuma nak dengan taknak jer😀   



Gurisan


Trengkas


Trengkas

Next kita sambung pulak pasal SHORTHAND...

Seperti yang kita tahu  SHORTHAND ni dalam Bahasa Inggeris. Berbeza sedikit dengan Trengkas.  Kalau Trengkas kita guris berdasarkan perkataan tapi SHORTHAND kita guris based on sound sesuatu perkataan tu.  Kalau kita salah pronounce salah la bentuk gurisan tersebut. So, sesiapa yang mahir bahasa Inggeris tu kacang goreng la bagi korang😆 

Bilangan vokal bagi Shorthand berbeza yer ... kalau bilangan vocal dalam Trengkas ada 5 ( a e i o u ) tetapi bagi SHORTHAND pula ada 12 vokal terbahagi kepada 4 iaitu : 

Heavy dot vowel ( ah ay ee ) 
Heavy dash vowel  ( aw o oo ) 
Light dot vowel ( a e i )
Light dash vowel ( o u  oo )


 


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Info menarik!! Keep it up!!
    Welcome to Blogger & selamat berblog 😁

    BalasPadam
  2. salam kenal Sarah..
    ammi dulu ambil Diploma Exec Secretaryship dr UiTM..
    belajar gak shorthand and trengkas dan personally ammi lagi suka shorthand dari trengkas..trengkas panjang hihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan kak. Yeke? He3
      Kita pun suka shorthand jugak. Kalau trengkas macam sudah sikit sebab banyak nak kena hafal 😅

      Padam
  3. Assalamualaikum Sarah, hai! Salam kenal dari blog kakak Sarah, Syu.
    Terima kasih share info. Boleh gak tahu pasal kesetiausahaan ni.

    BalasPadam