Advertisement

Main Ad

Pengeras Tudung On-Point Verona ECO Shop

Sumber Gambar: BeautifulNara


Assalamualaikum semua. Harini Sarah nak kongsikan satu penyembur tudung yang sangat berkesan untuk keraskan tudung. Murah jer sebotol. Haritu Sarah ada tengok kawan Sarah pakai penyembur tu untuk keraskan tudung dia supaya tak lembik. Tudung yang dia iron tu tudung jenis bawal chiffon. Jenis material chiffon ni memang lembik sikit dan kadang tu memang menguji kesabaran betul bila nak pakai saja mesti susah sikit nak membentuk, asyik kemik je. Sakit hati betul. 

Tapi kan lepas je tengok kawan Sarah punya tudung tu memang elok kejadiaanya. Elok je terletak tudung tu lepas dia sembur dengan pengeras tudung tu. Kain dia pun jadi licin je dan tak ada langsung berbelak-belak lepas sembur pengeras tudung tu. Selalu kan kalau kita sembur terlampau banyak boleh buatkan tudung kita tu berbelak-belak kan? tapi yang ni tak ada langsung.  Memang best la. 


Pengeras Tudung On-Point

Ini lah pengeras tudung yang Sarah beli. Nampak kecil tapi berbaloi dengan harganya.


Pengeras tudung yang Sarah beli ni murah je. Beli di kedai ECO Shop RM2.40 je. Kedai yang banyak saka tu😆 Sarah setuju bab tu sebab bila masuk, semua benda nak dicapai sebab rasa macam murah kan RM2.40 tu. Tapi bila nak dibayar, tak jadi RM2.40 dah tapi jadi RM50 ke atas hahaha memang bersaka. Tapi berbaloi la untuk barang yang tertentu saja. Kalau pengeras tudung ni memang berbaloi. 

Boleh bawa ke mana-mana. Sebab saiz dia tak besar pun, comel je.  Bau dia pun wangi dan bila spray tu memang elok je sebati tak ada pun leaking. Akak-akak yang ada anak duduk asrama ke bolehlah beli kan untuk mereka, senang dan berkesan tau. hihih sebab Sarah pun guna spray ni kat asrama sebab senang. Tak ada dah lah masalah mood swing bila tudung tak jadi😆



Oh ya, di belakang botol ada tunjukkan instruction untuk gunakan spray ni. Nak spray tu boleh je spray seluruh tudung atau kat bahagian tudung kita nak bagi keras. Kemudian kita iron tempat kita dah spray tu. Tapi pastikan iron kita tak terlampau panas tau. Nak spray pun kalau boleh ambil jarak sikit dan jangan terlampau dekat dekat bahagian tudung tu yer supaya semburan sebati la nanti ke tudung. 

Okay Sarah rasa setakat tu saja. Nanti Sarah  sambung cerita tentang pewangi pakaian yang Sarah beli kat ECO dan jenama yang sama juga😉. Memang wangi dan boleh digunakan untuk spray kat semua tempat. Assalamualaikum semua jumpa nanti.😘


Catat Ulasan

0 Ulasan